Wednesday 11 January 2012

sebuah seloka buatmu muslimah ! :)


Tutup aurat satu tuntutan,
Dalam keluarga wajib tekankan,
Kalau tak ikut gunalah rotan,
Demi melaksanakan perintah Tuhan.


Aurat ditutup mestilah lengkap,
Tudung litup termasuk skap,
Mini telekong pun orang cakap,
Elok dipandang tak payahpun 'make up'.

Sekurang-kurangnya berbaju kurung,
Lebih elok jubah mengurung,
Kaki pula mesti bersarung,
Ditumit kaki syaitan bertarung.


Kalau wanita menutup aurat,
Orang jahat tak berani ngorat,
Bahkan boleh menjadi ubat,
Orang memandang boleh bertaubat.

Pakaian modern(?) memanglah hebat,
Harganya mahal walaupun ketat,
Walaupun cantik tetapi singkat,
Orang memakaipun nampak pusat.


Berseluar ketat bajupun ketat,
Jarangnya pulak boleh dilihat,
Orang yang memakai terus dilaknat,
Oleh Allah, Rasul dan Malaikat.

Apa yang aneh bila dipandang,
Lengan pendek tapi bertudung,
Nampak seperti orang yang kudung,
Mata terpandang kaki tersandung


Lagilah aneh bila di fikir,
Baju kebaya tudung berukir,
Nampak dada iman terjungkir,
Kain terbelah peha terukir.

Bila ditanya kenapa begitu,
Dia kata fesyennya dah macam tu,
Di dalam hati niat tertentu,
Menggoda jantan sudahlah tentu.


Menutup aurat boleh berfesyen,
Tetapi jangan menunjuk eksyen,
Sesuaikan diri ikut profesyen,
Kalau dilaknat tak guna sesen.


Kalau nak "Make Up" biarlah padan,
Jangan terlebih bila berdandan,
Minyak wangi cuba elakkan,
Bedak dan gincu sekadar keperluan.


Kasut tinggi cuba jauhi,
Kerana ia melahirkan bunyi,
Boleh menarik perhatian lelaki,
Perbuatan ini dibenci Ilahi.


Apatah lagi menghentakkan kaki,
Menarik perhatian orang laki-laki,
Melenggok punggung menggoda hati,
Ustaz melihat pun separuh mati.


Buat apa nak tayang jambul,
Kecantikan tak usah ditonjol-tonjol,

Mahkota disimpan tak jadi bisol,
Memakai tudung Islam tersimbol.

Selokaku ini bukanlah jahat,
Cuma saja mahu peringat,
Kepada semua para sahabat,
Terutama sekali rakan sejawat.

Kalau nak ikut nasihat ini,
Jangan bertangguh ubahlah diri,
Benda yang baik tak payah diuji,
Akan terserlah akhlak terpuji.


Kepada semua kawan lelaki,
Jangan tergelak wanita diperli,
Keluarga kita tak terkecuali,
Terutama sekali anak dan bini.

Sudahkah kita tanamkan iman,
Menutup aurat sepanjang badan,

Ke sana sini dilindungi Tuhan,
Keluarga menjadi contoh teladan... :)


Tuesday 10 January 2012

ADAKAH KAMU ORANG YANG BIJAK?

Adakah kamu orang yg bijak?
Orang yg bijak ialah orang yang tidak mensia-siakan hidup, waktu, usia, harta, umurnya dengan perkara yg tidak mendatangkan faedah baginya dan masyarakat ,...


Renungan Bersama.......

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil
berat akan waktu
solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti
kerajaan Nabi Sulaiman
a.s.

Siapakah orang yang manis senyumanya?

Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang
yang di timpa
musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi
rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini",
sambil  mengukir
senyuman. 

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa
yang ada dan tidak
lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin?

Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan
nikmat yang ada sentiasa
menumpuk-numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi?

Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia
pertengahan namun masih
berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikkan.

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai
akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas?

Orang yang mempunyai rumah yang paling luas adalah
orang yang mati membawa
amal amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata
memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi
dihimpit?

Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang
yang mati tidak membawa
amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang
menghuni syurga kelak
kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk
menghindari siksa
neraka.

Siapakah org yg bijak?

Orang yg bijak ialah org yg tidak membiar atau
membuang email ini begitu
sahaja, malah dia akan menyampaikan pula pada org lain
untuk dimanfaatkan
dan ambil iktibar sebagai sandaran dan buat pedoman
kehidupan kita
seharian.

Tuesday 13 December 2011

ICT dan Pandangan Islam Terhadapnya




Apa itu ICT ?

ICT - satu proses pengaliran, penyebaran pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Ia juga untuk memindah, menyebarkan dan memaparkan maklumat.

Perkembangan ICT ?

Dunia pada mulanya menghadapi Revolusi Pertanian, diteruskan dengan Revolusi Perindustrian dan apabila mencapai gelombang ketiga bermulalah Revolusi Teknologi Maklumat. Gelombang maklumat ini akan merentasi sempadan negara tanpa mengira ideologi, agama, bangsa, fahaman politik dan blok perdagangan yang dianuti.

Kemunculan Era Informasi

Rogers(1991) seorang pengkaji media komunikasi mengklasifikasikan sejarah perkembangan ICT kepada empat:

Era Penulisan - Bermula sejak tahun 4000 sebelum Masihi. Bermula ketika orang-orang Sumeria menulis di atas papan batu. Ketika ini buku penting di salin tulis. Ini menyebabkan pengetahuan tidak berkembang luas kerana bahan bacaan yang terhad.

Era Percetakan - Bermula pada tahun 1956 ketika mesin cetak di cipta oleh Gutenberg dari Jerman. Sebelum itu, pada tahun 1401 teknologi percetakan telah wujud di China. Surat khabar pertama di terbitkan pada era tersebut.

Era Telekomunikasi - Bermula tahun 1844. Telegraf dicipta oleh Morse. Pada tahun 1876 pula Alexander Graham Bell mencipta telefon.
Pandangan Islam terhadap ICT.

Islam tidak meletakkan hukum haram kepada sesuatu melainkan telah di sebut dalam nas ataupun dalil. Islam juga tidak menghalang teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan.Hukum asal sesuatu adalah mubah yakni harus termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban sama ada lama atau baru.

Sekian :)