Tuesday 13 December 2011

ICT dan Pandangan Islam Terhadapnya




Apa itu ICT ?

ICT - satu proses pengaliran, penyebaran pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi. Ia juga untuk memindah, menyebarkan dan memaparkan maklumat.

Perkembangan ICT ?

Dunia pada mulanya menghadapi Revolusi Pertanian, diteruskan dengan Revolusi Perindustrian dan apabila mencapai gelombang ketiga bermulalah Revolusi Teknologi Maklumat. Gelombang maklumat ini akan merentasi sempadan negara tanpa mengira ideologi, agama, bangsa, fahaman politik dan blok perdagangan yang dianuti.

Kemunculan Era Informasi

Rogers(1991) seorang pengkaji media komunikasi mengklasifikasikan sejarah perkembangan ICT kepada empat:

Era Penulisan - Bermula sejak tahun 4000 sebelum Masihi. Bermula ketika orang-orang Sumeria menulis di atas papan batu. Ketika ini buku penting di salin tulis. Ini menyebabkan pengetahuan tidak berkembang luas kerana bahan bacaan yang terhad.

Era Percetakan - Bermula pada tahun 1956 ketika mesin cetak di cipta oleh Gutenberg dari Jerman. Sebelum itu, pada tahun 1401 teknologi percetakan telah wujud di China. Surat khabar pertama di terbitkan pada era tersebut.

Era Telekomunikasi - Bermula tahun 1844. Telegraf dicipta oleh Morse. Pada tahun 1876 pula Alexander Graham Bell mencipta telefon.
Pandangan Islam terhadap ICT.

Islam tidak meletakkan hukum haram kepada sesuatu melainkan telah di sebut dalam nas ataupun dalil. Islam juga tidak menghalang teknologi serta ciptaan baru terutamanya untuk dimanfaatkan dalam sistem pendidikan.Hukum asal sesuatu adalah mubah yakni harus termasuk segala apa yang dibawa oleh pelbagai peradaban sama ada lama atau baru.

Sekian :)



Kalam Satu

Assalammualaikum, 
SALAM SATU UMMAH , NGEE :D



Alhamdulillah, dengan izin Allah , nikmat yang paling tinggi di dunia masih dikurniakan kepada kami iaitu Farah, Fatin, Fazue, Deeba, Dayah, dan Dayat untuk masih bernafas di bumi ciptaan Rabb. Sebagai pengenalan yg melepasi kalam Muqaddimah, kami bersyukur kerana masih kekal menjadi pelajar Kolej Universiti Islam Selangor dalam bidang al-Quran dan as-Sunnah. 

Di kesempatan ini, izinkanlah kami berbicara dengan hati dan akal dalam ruangan yang serba kekurangan ini. Tegurlah kami jika ada kesalahan mahupun kekasaran dalam bicara yang mungkin tidak kami sedari. Kepada rakan-rakan SMQSK yang mungkin singgah menerjah di blog ini, berjuta ungkapan TERIMA KASIH kami kalungkan kerana sudi bertandang. Tidak dilupakan juga , Pensyarah subjek Aplikasi ICT dalam al-Quran dan as-Sunnah kami iaitu Ustadz Mohd. Khafidz Bin Soroni yang banyak membantu, membimbing dan memberikan semangat kepada kami dalam penubuhan blog ilmu yang serba kekurangan ini. Jasamu Ustadz akan dikenang :) TERIMA KASIH Ustadz. 

Sekian, 

Dari Hati kami yang Ikhlas berbicara ....

Friday 9 December 2011

Muqaddimah

KASIH SAYANG DAN PERSAMAAN
Muqaddimahku buat kalian... 


Sahabatku yang papa, jika engkau mengetahui, bahawa Kemiskinan yang membuatmu sengsara itu mampu menjelaskan pengetahuan tentang Keadilan
dan pengertian tentang Kehidupan, maka engkau pasti berpuas hati dengan nasibmu.

Kusebut pengetahuan tentang Keadilan : Kerana orang kaya terlalu sibuk mengumpul harta utk mencari pengetahuan.
Dan kusebut pengertian tentang Kehidupan : Kerana orang yang kuat terlalu berhasrat mengejar kekuatan dan keagungan bagi menempuh jalan kebenaran.

Bergembiralah, sahabatku yang papa, kerana engkau merupakan penyambung lidah Keadilan dan Kitab tentang Kehidupan. 
Tenanglah, kerana engkau merupakan sumber kebajikan bagi mereka yang memerintah terhadapmu, dan tiang kejujuran bagi mereka yang membimbingmu.

Jika engkau menyedari, sahabatku yang papa, bahawa malang yang menimpamu dalam hidup merupakan kekuatan yang menerangi hatimu, 
dan membangkitkan jiwamu dari ceruk ejekan ke singgahsana kehormatan, maka engkau akan merasa berpuas hati kerana pengalamanmu, 
dan engkau akan memandangnya sebagai pembimbing, serta membuatmu bijaksana.

Kehidupan ialah suatu rantai yang tersusun oleh banyak mata rantai yang berlainan. 
Duka merupakan salah satu mata rantai emas antara penyerahan terhadap masa kini dan harapan? masa depan.
Antara tidur dan jaga, di luar fajar merekah.

Sahabatku yang papa, Kemiskinan menyalakan api
keagungan jiwa, sedangkan kemewahan memperlihatkan keburukannya. 
Duka melembutkan perasaan, dan Suka mengubati hati yang luka. Bila Duka dan kemelaratan dihilangkan, 
jiwa manusia akan menjadi batu tulis yang kosong, hanya memperlihatkan kemewahan dan kerakusan.

Ingatlah, bahawa keimanan itu adalah peribadi sejati Manusia. Tidak dapat ditukar dengan emas; 
tidak dapat dikumpul seperti harta kekayaan. Mereka yang mewah sering meminggirkan keimananan, dan mendakap erat emasnya.

Orang muda sekarang jangan sampai meninggalkan Keimananmu, dan hanya mengejar kepuasan diri dan kesenangan semata.? 
Orang-orang papa yang kusayangi, saat bersama isteri dan anak sekembalinya dari ladang merupakan waktu yang paling mesra bagi keluarga,
sebagai lambang kebahagiaan bagi takdir angkatan yang akan datang. Tapi hidup orang yang senang bermewah-mewahan dan mengumpul emas, 
pada hakikatnya seperti hidup cacing di dalam kuburan. Itu menandakan ketakutan.

Air mata yang kutangiskan, wahai sahabatku yang papa, lebih murni daripada tawa ria orang yang ingin melupakannya, 
dan lebih manis daripada ejekan seorang pencemuh. Air mata ini membersihkan hati dan kuman benci, 
dan mengajar manusia ikut merasakan pedihnya hati yang patah.

Benih yang kautaburkan bagi si kaya, dan akan kau tuai nanti, akan kembali pada sumbernya, sesuai dengan Hukum Alam. 
Dan dukacita yang kausandang, akan dikembalikan menjadi sukacita oleh kehendak Syurga. 
Dan angkatan mendatang akan mempelajari Dukacita dan Kemelaratan sebagai pelajaran tentang Kasih Sayang dan Persamaan.

(Dari ‘Suara Sang Guru’)


Cinta ; Kahlil Gibran